Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menafikan dakwaan menyeleweng perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbirannya.
Menyifatkan dakwaan itu tidak masuk akal, Muhyiddin berkata, sekiranya ia berlaku sudah tentu ia diketahui oleh Jabatan Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) malah Bank Negara Malaysia (BNM) akan turut mendapat notifikasi pergerakan wang tersebut.